SELAMAT DATANG KE WARONG CIKBOLLAT ... SELAMAT MEMBACA

Tuesday, 27 November 2018

Cik F Kursus , CikBollat Me Time Bersama di Rock & Roll Hotel , CikBollat Menikmati Oden

Assalamualaikum,

Hai Warga Pembaca WarongCikBollat!



CikBollat nak share cerita yang semalam CikBollat temankan sepupu CikBollat , Cik F , hadir ke kursus autocad 2D & 3D di Vixmatech Computer Sdn. Bhd. di Klang ..  CikBollat ni mengekor aje .. Disebabkan kursus 2 hari, jadi agak jauh dia nak travel ulang alik ke Klang dari Selayang. Jadi , CikBollat pun, apa lagi, gunakan kepakaran teknologi yang ada sekarang untuk book hotel berdekatan, iaitu Hotel Rock & Roll Hotel , Taman Bayu Perdana , Klang

Hotel Rock & Roll
Gambar ihsan google
CikBollat jatuh hati dengan hotel ni sebab bilik dia besar, clean, siaran tv smooth and internet laju! CikBollat booked Superior Twin Room, ada 2 single bed , so okaylah dan selesa untuk CikBollat dan Cik F ber 'me-time' alang-alang Cik F berbengkel . Perjalanan ke tempat kursus Cik F tak jauh sangat dan tak jem nak ke sana, adalah lebih kurang 10-15 minit nak sampai. 


CikBollat checked-in dulu pada hari pertama memandang Cik F ada kursus tersebut, lebih kurang 4.30 petang Cik F dah terpacak depan pintu, jadi kami pun bergembira merehatkan minda.. CikBollat kalau jumpa Cik F memang suka kelaut jadinya, merepek berbual ketawa-ketawi.. aktiviti? kami sempat buat plank, squad , sit up .. 😂😂😂😂😂 ... kata orang exercise dulu sebelum dinner.. hahahahahah...

lepas maghrib, kami berdua pun food hunting di kawasan sekitar. Dari pemerhatian kami, kedai makan melayu agak sukar dijumpai sebab kami dah tawaf sekitar Taman Bayu Perdana lebih kurang 30 minit, dan akhirnya baru la jumpa kedai makan Warong Warisan Asli. Kedainya bersih dan sedap, tambah-tambah kami memang dah kebulur..

CikBollat makan nasi goreng cili padi (sangat sedap) dan air lemon ais , Cik F pulak makan kuey tiaw tomyam dan barli ais. Balik dari makan, kami sambung tengok tv, golek-golek dan ada sesi tazkirah dan sesi baca doa yang patut sebelum tidur oleh Cik F.. bagus sepupu CikBollat ni... hahaha.. lepas tu , dia terus ke Jeddah(Tido) dan di ikuti CikBollat menyusul kemudiannya .. 😂

Hari kedua kursus, kami bangun siap-siap cari sarapan selepas masing-masing selesai subuh. Kami ni memang satu jenis perut, bukak-bukak je mata kami memang akan cari makanan secepat yang boleh.. 😂 . Nak cari kedai sarapan pun satu hal jugak ni.. kami google-google ibarat pelancong, dan akhirnya kami decided untuk sarapan di gerai berdekatan tempat kursus Cik F, banyak lauk banyak kuih, memang nampak sedap dan memang sedap.. kami bungkus makan di hotel. dah kenyang layan tv kejap sebelum Cik F berkemas-kemas check out dulu untuk ke tempat kursus.. CikBollat? tinggal seorang jela lepas tu. 

Nak dijadikan cerita, CikBollat ni tak pernah try makan oden. jadi lepas checkout hotel pukul 12, cikbollat pergi la area kursus Cik F. Ada Family Mart kat situ.. jadi, CikBollat pun masuk dan merasa si oden ni.. CikBollat beri 💥💥💥💥 / 5 . Kene dengan tekak CikBollat, tapi sebab CikBollat bukan a fan of kuah without santan, jadi paling byk boleh beri 4 out of 5. Tapi overall memang sedap. lagi pun CikBollat memang suka makan cucuk-cucuk tu.. Dulu masa kat universiti pantang pesta konvo, CikBollat akan borong 10 cucuk-cucuk tu CikBollat makan sorang. 😂 .. Sekarang ni insoffff makan banyak-banyak sejak-sejak umur dah permulaan 3 series ni..



rock & roll hotel , oden , family mart



Jadi itulah saje untuk entry ini...

Untuk lihat entry lain sila klik  👉 Sini

No comments:

Post a Comment