SELAMAT DATANG KE WARONG CIKBOLLAT ... SELAMAT MEMBACA

Friday 30 November 2018

Si Obses pada Kelana Jaya SS6

Assalamualaikum,


Warga Pembaca CikBollat!



Pada hari Jumaat yang mulia ini, CikBollat ingin bercerita sedikit tentang keobsesan pada Kelana Jaya khasnya pada SS6 & SS7 😂😪😪😍😎




Apa yang ada dekat situ? Banyak !! 😂 . Lebih kurang 4-5 tahun CikBollat mendiami kawasan tu... yang mana semuanya mudah, accessible , mana taknya, kedai makan, bank-bank, kedai runcit/hypermarket/fast food, pos , pejabat polis, masjid , bus stop laluan bas selangor , paradigm, tasik kelana jaya untuk riadah dan kedai bengkel kedai tayar kedai accessories kereta, dobi  .. macam-macam lagilah.. semua within walking distance guys! mana tak obses.. lrt sampai 2 stesen yang terdekat.. nak pergi kl? turun je sikit dalam 3 minit dah jumpa bustop.. bas rapid lalu, tinggal pilih je nak stesen kelana jaya / Taman Bahagia. So, dari segi transportation/riadah/makan/kedai runcit /hypermarket semua ada.. Dan Cik Bollat kalau datang sana , tak pernah missed pergi Giant Kelana Jaya. dan Foodcourtnya..  CikBollat selalu makan nasi ayam di sana ..  💓💕💖


Sekarang ni sebab dah tak menetap di sana, tapi pergi bank, pergi giant , servis kereta , basuh kereta semua dekat kelana jaya guyyssss ..hahhah😂😂😂😂😂




nasi ayam



Klik  👉 Sini  untuk posting lain .. 

Tuesday 27 November 2018

Cik F Kursus , CikBollat Me Time Bersama di Rock & Roll Hotel , CikBollat Menikmati Oden

Assalamualaikum,

Hai Warga Pembaca WarongCikBollat!



CikBollat nak share cerita yang semalam CikBollat temankan sepupu CikBollat , Cik F , hadir ke kursus autocad 2D & 3D di Vixmatech Computer Sdn. Bhd. di Klang ..  CikBollat ni mengekor aje .. Disebabkan kursus 2 hari, jadi agak jauh dia nak travel ulang alik ke Klang dari Selayang. Jadi , CikBollat pun, apa lagi, gunakan kepakaran teknologi yang ada sekarang untuk book hotel berdekatan, iaitu Hotel Rock & Roll Hotel , Taman Bayu Perdana , Klang

Hotel Rock & Roll
Gambar ihsan google
CikBollat jatuh hati dengan hotel ni sebab bilik dia besar, clean, siaran tv smooth and internet laju! CikBollat booked Superior Twin Room, ada 2 single bed , so okaylah dan selesa untuk CikBollat dan Cik F ber 'me-time' alang-alang Cik F berbengkel . Perjalanan ke tempat kursus Cik F tak jauh sangat dan tak jem nak ke sana, adalah lebih kurang 10-15 minit nak sampai. 


CikBollat checked-in dulu pada hari pertama memandang Cik F ada kursus tersebut, lebih kurang 4.30 petang Cik F dah terpacak depan pintu, jadi kami pun bergembira merehatkan minda.. CikBollat kalau jumpa Cik F memang suka kelaut jadinya, merepek berbual ketawa-ketawi.. aktiviti? kami sempat buat plank, squad , sit up .. 😂😂😂😂😂 ... kata orang exercise dulu sebelum dinner.. hahahahahah...

lepas maghrib, kami berdua pun food hunting di kawasan sekitar. Dari pemerhatian kami, kedai makan melayu agak sukar dijumpai sebab kami dah tawaf sekitar Taman Bayu Perdana lebih kurang 30 minit, dan akhirnya baru la jumpa kedai makan Warong Warisan Asli. Kedainya bersih dan sedap, tambah-tambah kami memang dah kebulur..

CikBollat makan nasi goreng cili padi (sangat sedap) dan air lemon ais , Cik F pulak makan kuey tiaw tomyam dan barli ais. Balik dari makan, kami sambung tengok tv, golek-golek dan ada sesi tazkirah dan sesi baca doa yang patut sebelum tidur oleh Cik F.. bagus sepupu CikBollat ni... hahaha.. lepas tu , dia terus ke Jeddah(Tido) dan di ikuti CikBollat menyusul kemudiannya .. 😂

Hari kedua kursus, kami bangun siap-siap cari sarapan selepas masing-masing selesai subuh. Kami ni memang satu jenis perut, bukak-bukak je mata kami memang akan cari makanan secepat yang boleh.. 😂 . Nak cari kedai sarapan pun satu hal jugak ni.. kami google-google ibarat pelancong, dan akhirnya kami decided untuk sarapan di gerai berdekatan tempat kursus Cik F, banyak lauk banyak kuih, memang nampak sedap dan memang sedap.. kami bungkus makan di hotel. dah kenyang layan tv kejap sebelum Cik F berkemas-kemas check out dulu untuk ke tempat kursus.. CikBollat? tinggal seorang jela lepas tu. 

Nak dijadikan cerita, CikBollat ni tak pernah try makan oden. jadi lepas checkout hotel pukul 12, cikbollat pergi la area kursus Cik F. Ada Family Mart kat situ.. jadi, CikBollat pun masuk dan merasa si oden ni.. CikBollat beri 💥💥💥💥 / 5 . Kene dengan tekak CikBollat, tapi sebab CikBollat bukan a fan of kuah without santan, jadi paling byk boleh beri 4 out of 5. Tapi overall memang sedap. lagi pun CikBollat memang suka makan cucuk-cucuk tu.. Dulu masa kat universiti pantang pesta konvo, CikBollat akan borong 10 cucuk-cucuk tu CikBollat makan sorang. 😂 .. Sekarang ni insoffff makan banyak-banyak sejak-sejak umur dah permulaan 3 series ni..



rock & roll hotel , oden , family mart



Jadi itulah saje untuk entry ini...

Untuk lihat entry lain sila klik  👉 Sini

Masalah Penjagaan - Kelebatan Rambut & Kulit Kepala Berjerawat & Gatal II

Assalamualaikum,

Warga Pembaca Warong CikBollat!!


Beberapa post yang lepas CikBollat banyak sharing tentang Masakan aje kan? Hari ni dan di pagi yang tenang ni.. CikBollat nak share result dari penggunaa Sebitar Scalp Cleanser and Treatment dan Coconut Oil Parachute setelah hampir dua minggu menggunakannya secara consistence.



Sebitar Scalp Cleanser & Treatment Setelah kejadian gatal-gatal kulit kepala tempoh hari, dengan jerawat pun berani timbul di kulit kepala secara excessive , CikBollat dapat satu conclusion di mana ianya terjadi disebabkan cara pemakaian CikBollat .. okay.. memang saja cari pasal nak rambut tumbuh cepat punya pasal, mengakibatkan kezaliman berlaku di kulit kepala 😂..ketawa-ketawa juga, tapi apa -apa yang kita buat biarlah bersederhana sahaja guys, itula pengajaran yang dapat CikBollat simpulkan.. hahhahaha.. Jadi dalam entry sebelum ni <Klik Sini> , sepatutnya CikBollat hanya apply coconut oil and yogurt sebagai masker rambut paling lama setengah jam sahaja, bukan sampai yogurt tu kering berkuping.. ni tak, sampai kering yang mana anda takkan dapat bezakan yang mana kuping kelumumur dan yang mana kuping yogurt..yang mana intan permata yang mana kaca.. gitewww... hahaa.. so lesson learnt! .. akibat dari perapan yang lama sangat dan kemungkingan bilasan tak bersih masa mandi  maka lubang pori kepala tersumbat akhirnya mengakibatk jerawat ruam terjadi.

parachute coconut oil , minyak kelapa
Gambar ihsan dari google
Setelah stop, CikBollat apply sebitar, pada setiap kali CikBollat mandi. Sebitar ni macam shampoo, apply siket sahaja. Tapi recommended usage seminggu sekali atau once daily, jadi kat sini je CikBollat melampaui batas sekali lagi, dan parachute coconut oil applied selang 2 hari. dalam tempoh seminggu macam tu kerap guna sebitar. namun selepas rasa jerawat dah mula kecut, kulit kepala pn dah banyak kurang gatalnya, CikBollat guna sebitar once daily. Akhirnya setelah hampir 2 minggu, nampak hasilnya. rambut alhamdulillah segar,  kulit kepala kurang gatal jerawat kecut dan ada kuping-kuping kulit kering, CikBollat jarinya gatal suka kopek kuping tu.. 😑



Bila dah kurang gatal dan jerawat pun dah kecut, CikBollat stop sebitar, CikBollat beli Shampoo Bawang , yang harum tu... actually CikBollat pernah pakai Shampoo tu selama 4 tahun. Jadi CikBollat tahu keberkesanannya pada rambut dan kepala CikBollat. ahahaha.. alhamdulillah.. Sebab dulu CikBollat pernah cabut rambut sampai rambut jarang di tengah-tengah kepala.. CikBollat apply shampoo ni setiap hari setiap kali mandi, alhamdulillah , dengan izin Allah, setelah sebulan, rambut da covered bahagian yang jarang tu, then akar rambut pun semakin kuat, rambut jarang gugur, kulit kepala tak gatal. 💓💓💓


Di perakui oleh kawan CikBollat juga. Jadi CikBollat beli shampoo ni dan start pakai balik... dan untuk tujuan optimum, CikBollat beli di watson hair serum Repairing Hair Serum (Repairing & Nourishing) Habbatus Sauda RM15.00 . Parachute coconut oil CikBollat tetap akan guna sebagai masker rambut 2 hari sekali sebelum mandi, manakala hair serum CikBollat beli sebab CikBollat nak cari tonik kulit kepala yang boleh guna tanpa perlu bilas balik.  


Jadi sama-sama kita nantikan hasilnya, harap-harap kulit kepala CikBollat serasi la dengan hair serum ni.. 


Shampoo bawang , Watson hair serum habbatus sauda


Nanti CikBollat akan update hasilnya setelah 1 minggu atau 2 minggu .. 😁 ..

Until next entry ... 💓 lihat post lain , klik 👉 Sini

Friday 23 November 2018

Resepi Ringkas Dan Mudah - Mee Hun Sup Sambal Kicap

Assalamualaikum,

Warga Pembaca Warong CikBollat!


Last recipe of the day, I promise 😂😂😂 ... Mee Hun Sup & Sambal Kicap!


Selalunya, CikBollat masak sup guna sup bunjut yang biasa + sup bunjut sup tulang. Tapi, masa nak masak semalam, CikBollat guna pes sup tulang Adabi disebabkan ketiadaan sup bunjut. So, terjadilah experiment sup guna sup pes Adabi. Hasilnya tidak mengecewakan.. Bertambah makan, sampai tertido dibuatnya.. slurppp! hhahaha.. tak baik betulkan lepas makan tertido.. haishhhh..


Bahan - Bahan :

1. Mee hun - dicelur



2. Sup Ayam

    1. Pes Sup Tulang Adabi
    2. Ayam
    3. Daun Sup & Daun Bawang (Optional)
    4. Bawang Merah & Bawang putih & Halia - Dikisar halus
    5. Garam
    6. Gula
    7. Gula merah - secubit
    8. Kentang - dipotong wedges
    9. Air
   10. Rempah 4 sekawan

Cara- Cara :


💕 Panaskan minyak
💕 Masukkan bahan 10, 4 dan 1 sehingga naik minyal
💕 Masukkan bahan 8 dan 2. Gaul sehingga sebati
💕 Masukkan bahan 7 dan 6
💕 Masukkan bahan 9. Tunggu sehingga mendidih
💕 Masukkan bahan 3 dan 5 .. Siap!


3. Sambal Kicap

    1. Bawang Merah
    2. Cili Hidup - ikut selera masing-masing
    3. Tomato
    4. Cili Padi (optional)
    5. Minyak
    6. Garam & Gula
    7. Kicap manis
    8. Asam limau


💕 Kisar kasar bahan 1,2,3,4
💕 Panaskan bahan 5
💕 Tumis bahan kisar sehingga naik minyak
💕 Masukkan bahan 7
💕 Masukkan bahan 6
💕 Tunggu sehingga sebati dan kering sedikit
💕 Masukkan kedalam mangkuk dan perah bahan 8. Siap


Makanlah semasa panas-panas pasti sehingga licin mangkuk. Selamat mencuba!


mee hun sup, sedap, perencah pes adabi sup tulang


Lihat menu lain disini  👉Resepi CikBollat

Resepi Ringkas dan Mudah - Bubur Lambok Untuk Bonda Yang Demam

Assalamualaikum,

Warga Pembaca Warong CikBollat!


Okay, ni resepi ketiga CikBollat share at one shot..hahahahha.. penangan berapa hari tak update blog akibat kebizian ... CikBollat balik rumah fama, tu ha yang bizi mengalahkan vvip.. bizi masak.. bizi makan, bizi golek-golek.. bizi tertido kekenyanga .. eh... 😂😂😂


CikBollat balik rumah sebab mak CikBollat demam.. katanya 'Mak rasa nak demam.. ni pening-pening siket.. Mak nak rehat dulu.. ' alalalala.. syian..syian..syian.. hahhahaa.. kesian memang kesian, tapi dalam kesian tu CikBollat menyakat jugak.. Pastu bila CikBollat balik rumah mak cakap 'Mak terliur bila ko cakap nanti nak masakkan bubur untuk mak' .. 😂😂😂😂😂 .. Comel bukan... terliur... terliur nak makan bubur.. wakakaka.. 

Jadi memandangkan dah balik ni, CikBollat masakkan la bubur kegemaran mak tu.. 

Maka.. lets get started ....


Bahan-bahan :

1. Beras
2. Santan
3. Lada hitam (optional)
4. Ikan bilis - ditumbuk kasar
5. Halba campur
6. Rempah 4 sekawan
7. Garam
8. Gula merah - secubit shj
9. Cili Hidup/padi (optional) - Ditumbuk kasar
10. Carrot - dipotong dadu
11. Kentang - dipotong dadu
12. Ayam - dicincang
13. Halia - ditumbuk kasar
14. Air


Cara-cara :


💕 Panaskan minyak
💕 Gorengkan bahan 3, 5 , 6 , 9 , 4 dan 13 sehingga garing
💕 Masukkan bahan 8 , 10 11, 12
💕 Setelah naik minyak , masukkan bahan  1 dan gaulkan rata-rata
💕 Masukkan bahan 14 , tunggu sehingga mendidih
💕 Masukkan bahan 2. Tunggu sampai mendidih dan nasi menjadi bubur  😂
💕 Masukkan bahan 7. Siap


P/s : Tunggu nasi menjadi bubur tak pe dlm masakan, tapi dalam kehidupan realiti , jangan tunggu nasi dah jadi bubur baru nak perbaiki sesuatu.. hahahha.. - khidmat pesanan penaja 😋 -


Maka, Mak CikBollat pun makan sampai licinnnn... muahaha..


bubur lambok, bubur berlauk, sedap



Lihat menu lain disini  👉Resepi CikBollat

Resepi Ringkas & Mudah - Nasi Minyak , Ayam Perap Madu Cili Goreng & Kari Ikan

Assalamualaikum,

Warga Pembaca Warong CikBollat!



Kelmarin, CikBollat teringin nak makan nasi minyak. emmmm... dapnyerrr.. terliur-terliur bila membayangkan kelemakan nasi minyak panas-panas yang berbau harum daun pandan menyusuk hidung dan tekak ni haa..... 😵


Yang menjadi pemangkin sampai boleh terbayang nasi minyak ni sebab CikBollat dah kering idea nak masak lauk apa kalau makan dengan nasi putih. Sekali-sekala , nak jugak ikutkan nafsu makan ni walaupun diet portion apa semua.. kelakar kan? hahaha.. diet.. tapi masih teringin nak makan macam-macam dan terbayang macam-macam...😂😂😂...  Agaknyalah, kalau CikBollat subscribe coach sebagai advisor diet , workout and meal planning memang pening dapat coachee tekak buaya macam ni... tak makan saman.. 😋😋😋.... mungkin tiap-tiap hari CikBollat kene hantar icon 🙏 ni je kat coach bila kene report makanan yang dimakan setiap meal time.. wakakakaka...  jiwa coach kene kental dalam mendidik coachee macam CikBollat ni.. 😂😂😂


Ok. Hari tu CikBollat masak Nasi Minyak , Ayam Perap Goreng dan Kari Ikan .. Agak mencabar juga sebab non-stop preparing bahan sementara satu masakan lain nak siap. Tapi tak apa.. demi nak mencapai misi , layankan aje... bahan-bahan tak susah. semua simple, tapi banyak siketla bahannya..




Ayam Perap Cili Madu Goreng


Bahan-Bahan:

1. Ayam
2. Serbuk cili babas  - Secukupnya
3. Madu - 2 sudu besar
4. Gula Merah - secubit
5. Garam - secukup rasa
6. Jintan Manis Jintan Putih 
7. Serbuk Kunyit - 2 sudu teh
8. Stok ayam - 1 kiub
9. Air


Cara-cara :

💕 Bersihkan ayam
💕 Rebus ayam dan masukkan stok ayam 
💕 Jintan manis dan jintan putih ditumbuk kasar
💕 Gaulkan ayam dengan bahan 2, 3, 4 ,5 , 6 , 7
💕 Perap dan (optional) masukkan dalam peti ais bahagian bawah selama 30 minit
💕 Gorengkan ayam perap tersebut


nasi minyak , kari ikan, ayam perap




Nasi Minyak


Bahan-baham :

1. Daun pandan - 3 helai dan ikat simpul
2. Stok Ayam - 1 kiub
3. Air Rebusan Ayam 
4. Halba campur
5. Rempah 4 sekawan
6. Minyak sapi - 2 sudu
7. serbuk kunyit - 1 sudu teh
8. Gula merah - secubit 
9. Garam - secukup rasa
10. susu cair - setengah cawan
12. yogurt plain - satu sudu
13. Cili Hidup Hijau - satu tangkai , dipotong 2
14. Tomato - sebiji di belah 4
15. Serai (optional) - satu tangkai dititik
16. Halia - 1 inci diketuk
17. Bawang merah dihiris



Cara-cara:

💕 Masukkan minyak sapi
💕 Masukkan cili hijau sehingga hampir garing
💕 Masukkan halba campur, serai, halia, daun pandan dan 4 sekawan
💕 Masukkan tomato, bawang merah dan stok ayam
💕 Masukkan gula merah dan garam ,  kacau sehingga cair.
💕 Tumis bahan-bahan sehingga 3/4 garing
💕 Sambil menumis, basuhlah beras dan toskan
💕 Campurkan bahan tumis & beras dalam periuk nasi
💕 Masukkan air rebusan ayam, serbuk kunyit ke dalam periuk nasi gaulkan sehingga rata
💕 Bila nasi minyak sudah 3/4 masak, dimana airnya sudah hampir kering, masukkan susu cair dan yogurt plain, gaulkan sehingga sebati
💕 Tunggu nasi minyak masak dan kering sepenuhnya dan siap!



nasi minyak , kari ikan, ayam perap




Kari Ikan 


Bahan-Bahan:

1. Ikan
2. Kentang - dipotong wedges 
3. Serbuk kari ikan Adabi 
4. Gula merah - secubit
5. Garam
6. Air asam jawa
7. Gula pasir
8. Minyak
9. Cili Hidup Merah - 1 btg , dipotong 3
10. Halba campur
11. Halia - di tumbuk kasar
12. Bawang merah - dihiris
13. Bawang putih - dihiris
14. Santan



Cara-cara :

💕 Panaskan bahan 8
💕 Goreng bahan 10
💕 Masukkan bahan 9, 11 , 13 dan 12 sehingga garing
💕 Masukkan bahan 3 dicampur air sedikit
💕 Masukkan bahan 2 , 4 dan 7
💕 Tunggu sehingga pecah minyak
💕 Masuk bahan 6 dan sehingga mendidih
💕 Masukkan bahan 14 dan tunggu sehingga mendidih sekali lagi
💕 Masukkan bahan 1 dan masukkan bahan 5
💕 Siap!



nasi minyak , kari ikan, ayam perap

       

       
       

Reseoi RIngkas & Mudah - Mee Goreng Mamak Untuk Sarapan Anda!

Assalamualaikum,

Warga Pembaca Warong CikBollat!



Pada pagi yang tenang ini, CikBollat nak share resepi untuk masak Mee Goreng Ala Mamak yang enak dan kenyang! CikBollat masak pagi-pagi untuk sarapan bersama keluarga tercinta..  💘


Actually, CikBollat suka makan mee goreng.. (apa je yang CikBollat tak suka kalau pasal makanan ye x? hahaha 😂😂😂) Tapi, beza makanan yang CikBollat hadkan dengan yang tak hadkan.. hahahah.. takut bambam la katakan.. hahaha..tapi hakikatnya.. had ke tak had ke.. CikBollat tetap bambam...😜😜😜 So.. lets get started guys...


Bahan-bahan :

1. Mee Kuning
2. Bawang Merah
3. Bawang Putih
4. Telur
5. Kicap
6. Sos Tiram
7. Cili Hidup
8. Cili Padi (Optional)
9. Rencah (Sayur & Ayam/Daging/Sotong/Udang)
10.Sos Cili (Optional)
11. Sos Tomato (Optional)


Cara - Cara :

💕 Celur Mee Kuning dan toskan.
💕 Hiris bahan 1 , 2, 7 , 8
💕 Potong/Siang bahan 9
💕 Tumiskan bahan-bahan 1,2,7,8
💕 Setelah hampir garing, masukkan bahan 9
💕 Masukkan bahan 5 , 6 , 10 & 11 sehingga naik minyak baru sedap
💕 Telur dipecahkan dan masukkan sedikit air dan kacau sehingga telur menjadi butiran kecil-kecil dan masak
💕 Masukkan sedikit gula merah (sedikit sahaja, jika tidak, rasa pelik puler nanti) & garam secukup rasa.
💕 Barulah masukkan mee kuning. Siap!


mee goreng mamak, mee sedap, nak lagi, suka makan,

Mee goreng mamak CikBollat ala bujang sebab tak sempat beli rencah sayur, cuma masukkan beberapa ketul ayam yang di cincang halus. Tapi rasanya? alhamdulillah kenyang.. Korang boleh improvise resepi ni ikut selera masing-masing ye.. Kalau rasa tak sedap, boleh upgradekan hahaha.. 🙌.


"Cooking is just another art that always can be improvised & upgraded from time to time for the betterment of a menu 😂😂😂😂"

                                                                                                            💖CikBollat  💖


Lihat menu lain disini  👉Resepi CikBollat



Sunday 18 November 2018

Masalah Penjagaan - Kelebatan Rambut & Kulit Kepala Berjerawat & Gatal

Assalamualaikum,

Warga Pembaca Warong CikBollat,



Entry kali ni, bukan tentang resepi , tapi  berkenaan rambut dan kulit kepala. CikBollat menghadapi masalah kulit kepala gatal pada sesetengah bahagian di kepala, nak kata kelumumur yang teruk, tidak juga kerana hanya 5 % kebarangkalian CikBollat menjumpai kelumumur di kepala.

Tragisnya di sini, kerana kulit kepala yang gatal, ianya ibarat satu kelegaan bila CikBollat cabut rambut.. tus..tuss..tuss bunyinya.. Tapi cara ni hanya memberi kepuasan diri saje.. bukan penyelesaian masalah CikBollat, tapi menambahkan lagi masalah! Kelebatan rambut yang tak sekata. Jadi solusinya, CikBollat akan potong rambut pendek.. tapi kali ni rambut dipotong pendek, dan research dijalankan sekali .. Tanya pakcik Google! Setelah beberapa ketika cuba mencari info, akhirnya CikBollat jumpa langkah-langkah solutionnya!

"Minyak Kelapa & Yogurt"










Umum mengetahui berkenaan minyak kelapa yang banyak khasiatnya kan,,, ada orang letak yogurt , bawang , ada yang dicampur dengan madu dan sebagainya.. Namun, CikBollat cuba cara dengan melumurkan minyak kelapa & Yogurt  hari-hari dan 2 kali sehari pagi dan malam sebagai masker rambut. Masker rambut homemade akan dibilas setelah satu jam dipakai kemudian CikBollat akan shampoo kepala guna Shampoo baby saja 😂

Hasilnya,, memang memberansangkan.. 2 minggu rambut baru tumbuh sepanjang 1 cm. Kira cepatlah bagi CikBollat. Namun, yang menjadi tanda tanya, kepala CikBollat menjadi semakin gatal like seluruh kepala.. merenyam bebeh! tak boleh jadi, nasib CikBollat suka monitor baby hair growth tu...
dan you know what?? jerawat tumbuh di kulit kepala CikBollat!!! 😓

Sekarang ada beberapa tanda tanya :
1. kesesuaian campuran Yogurt dan minyak kelapa (Vatika)
2. Kesesuaian minyak kelapa Vatika itu sendiri yang tak berapa sesuai dengan CikBollat
3. Kekerapan masker rambut applied di kepala
4. Pori-pori tersumbat sebab masker akan kering sepenuhnya dalam 1 jam, disebabkan yogurt

atau

5. Sebab minyak kelapa itu sendiri.

Langkah yang CikBollat buat :
1. Guna yogurt sahaja sebagai masker  ---> masih gatal
2. Minyak kelapa sahaja  --> masih gatal
3. Beli Sebitar Scalp Cleansing Treatment dan tak pakai dah yogurt or minyak kelapa vatika  ---> pakai ini sahaja dulu
4. Beli Minyak kelapa parachute --> recommended by a friend


Sebitar Scalp Cleansing Treatment 


Menggunakannya untuk reducing itching dan flamed scalp .. ye atas sebab descriptionnya , maka CikBollat terus grab aje. and ye dia ade cooling effect untuk kulit kepala yang gatal dan ruam. tapi untuk cure jerawat masih tidak berapa pasti (baru guna 3 hari) dan CikBollat pakai ni tanpa guna shampoo lain. 

Dari observation, dia reducing kegatalan , tapi masih gatal. dan disebabkan itu CikBollat pergi kedai runcit india, nak beli benda lain ternampak benda lain, Minyak Kelapa Parachute!! .. jadi

disebabkan recommended by a friend and da tanya abang kedai tu ok ke tidak ada gatal-gatal ke tidak dia pakai, jadi usaha bertanya dah, jadi sekarang usaha pakai dan tawakkal ajela. jadi sekarang ni.. CikBollat apply hanya Sebitar sebagai scalp cleansing, dan bila gatal tu mula rasa merenyam siketCikBollat akan apply Minyak Kelapa Parachute, for the time being, Alhamdulillah it helps.. Dengan izin Allah, CikBollat dapat bertahan dengan kegatalan tu, masih bearable, sebab bila apply minyak parachute,  kegatalan yang mula merenyam akan reda... 

gambar ehsan Pakcik Google 😉

Namun begitu,  proses monitor masih dijalankan secara intensif kerana kesesuaian Sebitar juga perlu diambil kira dengan kulit kepala CikBollat.. CikBollat harap sangat agak dapat kecutkan jerawats yang merenyam tu..... nak picit tak boleh takut risau rambut tidak dapat tumbuh/pertumbuhan terbantut ke kan...


Ok then, until next entry ..




Friday 16 November 2018

Resepi Ringkas Dan Mudah Lemak Cili Api , Ikan Siakap Bakar & Sayur Boncis Pecah Telur

Assalamualaikum,



 Warga Pembaca Warong CikBollat!


Kali ni, CikBollat ingin kongsi resepi - Lemak Cili Api , Siakap Bakar dan Boncis Pecah Telur yang amat mudah dimasak, enak dan laju dimakan 💖


Cara - caranya :


Siakap Bakar

Bajet = RM 7.50 , tidak besar dan tidak kecil untuk seorang makan


Bahan:

1. Siakap
2. Limau nipis sebiji
3. Garam

💕Lumurkan garam dan air limau nipis pada bahagian luar dan dalam siakap.
💕Kulit limau (Serai & halia - optional) dimasukkan dalam perut siakap
💕Bakar siakap tersebut sehingga masak


Lemak Cili Api Nogori

Bahan :

1. Cili Api beberapa tangkai ( Kepedasan mengikut selera masing-masing)
2. Kunyit Hidup ( 1 - 2 inci)
3. Serai ( 1 tangkai)
4. Cili Hidup (satu biji)
5. Ayam / Daging / Ikan
6. Santan (Santan fresh diutamakan)

💕Tumbuk atau blend bahan 1 - 4
💕Masukkan dalam periuk , sekirannya ada bahan 5 masukkan sekali sehingga kecut (kecuali ikan)
💕Masukkan bahan 6
💕Tunggu sehingga mendidih sambil mengacau masakan supaya tidak pecah lemak


Boncis Pecah Telur

Bahan:

1. Kacang Boncis
2. Telur (1 biji)
3. Garam
4. Air ( 1 Cawan)
5. Cili Hidup - Hiris (Optional)
6. Bawang Merah - Hiris
7. Bawang Putih - Hiris


💕Bahan 6 ,7 dan 5 (Optional)  ditumis
💕Masukkan bahan 1
💕Masukkan bahan 3
💕Masukkan bahan 4
💕Masukkan bahan 2 sehingga telur menjadi ketulan-ketulan


Boleh siap dihidang dan dimakan!

Tapi disebabkan CikBollat masak lemak cili api ikan bakar.. Cikbollat masak kuah sahaja dan ikan siakap masak asing, dan diatas sebab rasa sayang nk celupkan ikan bakar dalam lemak cili api, maka lemak cili api  menjadi hanya kuah semata tanpa isi.. 😂


lemak cili api, masakan melayu, masak lemak, sedap, ringkas, ikan bakar, ikan siakap

Selamat Mencuba !


Previous entry resepi Ringkas Dan Mudah Ayam Bakar dan Daging Bakar



Wednesday 14 November 2018

Resepi Daging Bakar Ringkas, Mudah dan Sedap & Air Asam Special

Assalamualaikum,

Warga Pembaca!

grilled beef, beef steak, daging bakar , menu diet, masakanKali ni resepi yan CikBollat nak share adalah Daging Bakar Madu Cicah Air Asam Marbelos! 😂



Begini Haaaaaaa  👍

Tanpa perlu membuang masa, CikBollat share apa yang CikBollat makan tadi.....


Bahan:

1. Daging
2. Madu --- 3 sudu (bagi rasa manis-manis madu lebih siket.. baru umppph!)
3. Garam
4. Lada Hitam  --- di tumbuk


Cara :

Campur dan gaul bahan-bahan perapan .. Lumurkan pada daging. Kemudian masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah dalam 30 minit - 1 jam.

Bakar daging tersebut

grilled beef, beef steak, daging bakar , menu diet, masakan


grilled beef, beef steak, daging bakar , menu diet, masakan


grilled beef, beef steak, daging bakar , menu diet, masakan



Bahan-Bahan Air Asam :-

1. Asam jawa
2. Semangkuk Air masak
3. Bawang merah  .... di hiris
4. Garam
5. Madu (Pengganti Gula)
6. Cili Hidup .... dihiris
7. Kerisik Paket Kecil
8. Tomato - dipotong dadu

Cara :-

1. Bahan 4 , 5 , 7 & 8 di masukkan kedalam air asam jawa dan digaul supaya sebati
2. Masukkan bahan 3 & 6

.
.
.

grilled beef, beef steak, daging bakar , menu diet, masakan



Maka siap sudah! 😋 ... Makan nasi panas-panas dengan daging bakar cicah air asam jawa.... meghecikkkkkkk....



grilled beef, beef steak, daging bakar , menu diet, masakan


Kentang digaul dengan dengan garam dan di bakar bersama-sama daging..


Memang kene dengan selera tekak CikBollat ni...  Air asam tu CikBollat buat masam lebih siket.. sebab CikBollat suka ada rasa masam pada makanan.. terkenyit-kenyit mato ni haa.... hahaah

Makanlah CikBollat dari tengahari sampai malam lauk ni.. ni pon .. masih ada lagii....


Selamat Mencuba!


Untuk resepi ayam bakar boleh lihat sini  Resepi Ayam Bakar Mudah & Ringkas  

okay, now.. until next entry..




Tuesday 13 November 2018

Resepi Ayam Bakar Ringkas Dan Mudah

Assalamualaikum,

Warga Pembaca Warong CikBollat!

Entry Kali CikBollat boleh ringkaskan 3 in 1 ye... hahaa.. ingat coffee je ade instant 2 in 1? Milo 3 in 1? Blog entry pun boleh ye..

Entry kali ni , CikBollat nak share resepi ringkas dan bajet untuk main meal lunch and dinner. Tapi, awal-awal CikBoolat nak bagi tahu..  Lunch meal and Dinner Meal CikBollat adalah yang sama. Sebab apa? CikBollat suka masak, tapi masuk ke dapur banyak kali bukanlah pilihan CikBollat..Hahaha.. save tenaga, save lemak - tu apa yang CikBollat selalu kata pada kawan CikBollat.


RESEPI kali ni masih lagi berkisar AYAM BAKAR .. maklumlah , excited duduk menyewa ada Pemanggang Ajaib sendiri yang CikBollat rasakan kalau anda duduk menyewa alatan seperti tu sangat renyah...ahahaha.. apatah lagi mengambil kira bila tiba masa nak berpindah randah..😂


💘AYAM BAKAR MADU💘



Bahan-bahannya ialah:

1. Dada Ayam Besar
2. Bawang besar
3. Bawang Kecil
4. Sos Tiram
5. Madu
6. Cili Hidup
7. Tomato
8. Garam

makanan, steamed chicken, grilled chicken, makanan, ayam, diet


Cara-cara:

1. Ayam direbus 3/4 masak
2. Kisar bawang besar, bawang putih , cili hidup, sos tiram , madu , garam
3. Tos kan ayam tadi
4. Lumurkan ayam dengan bahan kisar
5. Optional - masukkan perapan ayam ke dalam peti sejuk lebih kurang 15 minit untuk bahan  
    meresap dengan lebih baik
6. Bakar ayam tersebut. Dari semasa ke semasa, monitor ayam dan terbalikkan sambil menyapu bahan perapan ke atas ayam tersebut
7. Ayam yang sudah fully dibakar dihiris dan dituangkan kuah cili diatasnya
8. Tomato di hiris dan dihias bersama ayam bakar tersebut dan makanlah dengan nasi panas-panas.. 😊

makanan, steamed chicken, grilled chicken, makanan, ayam, dietmakanan, steamed chicken, grilled chicken, makanan, ayam, diet

makanan, steamed chicken, grilled chicken, makanan, ayam, dietmakanan, steamed chicken, grilled chicken, makanan, ayam, diet



P/S : Kalau nak lebih rasa, air rebusan ayam bolehlah dibuat nasi ayam dgn ditambah stok ayam. Tapi CikBollat makan dengan nasi putih aje.. malas nak renyahkan..👅

Berapa bajet yang CikBollat Bayar untuk menu ni.. Actually CikBollat hanya beli ayam aje.. dan Madu. 

Ayam = RM4.99
Madu = Rm8.++

** Pastikan dada ayam yang dibeli agak besar cukup sampai ke dinner. lagi pun makan sorang je kan.haha.. CikBollat makan x berapa isi-isi ni.. jadi.. one tips to cut off your selera , yang cikbollat  applied untuk diri sendiri, beli ayam yang isi. selera tengah menggiler kan.. so wajib untuk buat ni ..hahah

Namun, jangka hayat penggunaan madu adalah panjang... maka seppp siket! hahaha.. jadi lepas ni boleh la bakar guna madu juga.. 


Last entry CikBollat ada janji nak demo macam mana kita nak rebus telur guna Elektrik Lunch Box kan? so , arini, CikBollat da try .. caranya letak aje telur seperti gambar rajah dibawah:-

makanan, steamed chicken, grilled chicken, makanan, ayam, diet

Maka , Uolls boleh masak nasi bersama-sama dengan merebus telur. oh ye.. tempat pemegang telur tu memang included as another tools dlm lunch box tu masa beli.. 😉

Portion Nasi pula CikBollat gunakan bowl sebagai unit sukatan harian CikBoollat :

makanan, steamed chicken, grilled chicken, makanan, ayam, diet

Masak nasi dengan menggunakan Electric Lunch Box  paling diet friendly - plus boleh steaming untuk portion seorang dalam masa yang sama. I 💖 !


Okay guys!.. until next entry... semoga bermanfaat. resepi tu boleh di alter mengikut kreativiti memasing ye...











Monday 12 November 2018

Electric Lunch Box & Pemanggang Ajaib - Cara Untuk Cut Down Quantity Of Meal Bagi Big Appetite

Assalamualaikum,

Warga Pembaca Warong CikBollat!


Entry kali ni CikBollat nak cerita tentang Electric Lunch Box 😆  yang CikBollat beli dah seminggu lebih tak bersentuh untuk rasmikan 😂 ...



Dengan menggunakan electric lunch box ni, CikBollat boleh gunakan untuk :

  • Masak Nasi
  • Stim/Kukus
  • Rebus Telur
  • Masak Sup / Tomyam 

Senang digunakan dan dibawa , kalau makanan sejuk? Tidak ada masalah , boleh panaskan masakan dengan syarat ada plug elektrik.. 😇 .. Mudah untuk panaskan makanan.. 

Sebenarnya CikBollat beli untuk tujuan melatih perut untuk makan sikit-siket tetapi kerap demi kesihatan perut dan badan. . Selama ni jujur CikBollat suka makan banyak sekali makan.. Tetapi sebenarnya amalan seperti ini tidaklah baik untuk perut kita dalam jangka masa panjang..Dah tiba masanya untuk CikBollat insaf.. 😂


Jadi, untuk perasmian penggunaan .. CikBollat guna untuk masak nasi je... next time CikBollat share guna untuk masak masakan lain pula..


Double boiling , kene letak air pada dasar lunch box


Nasi dah masak

Bekas masak nasi tu ada penutupnya.. jadi masa nak masak nasi , tutup bekas tu dan masukkan ke dalam lunch box , plug on switch, beberapa ketika tadaa! siap.. almost 15-20 minit kot kalau tak salah

Selalunya , beras sukatan satu pot , cikBollat akan habiskan sekali makan.. tapi mindset macam eh, banyaknya nasi tu (even sukatan yang sama 😂) , makan setengah sahaja.. wakakaka.. Nampak tak..


The Power of Mind Set..

Tapi , CikBollat tak delah makan nasi semata.. CikBollat beli pemanggang ajaib.. nak bakar.. sihat sangat meal kali ni..hahahah.. CikBollat makan dengan ayam bakar ..




Resepi perap ayam bakar :

1. Halia
2. Kunyit Hidup
3. Tomato
4. Serai
5. Bawang Merah
6. Bawang Putih
7. Lengkuas
8. Lada Hitam
9. Mentega
10. Madu .....  optional , tapi kalau ada lagi sedap 😝
11. Garam
12. Gula ..... kalau guna madu, tak perlu gula


Cara-caranya :-

1. Kisar bahan 1 - 8. 
2. Sapukan bahan 9 pada aluminium foil
3. Masukkan dalam pan bakar.
4. Tunggu sehingga masak 💋



 + 





Lepas siap semua, makanlah dengan nasi panas-panas .. 


Sayur tak beli, jadi makan dengan ayam jelah.. tak apa, makan sorang tak payah nak renyah sangat.. cuma kalau ada sayur kene dengan cara masak.. baru seronok! hahaha

Kawan CikBollat kata, dia guna elektrik lunch box ni untuk masak kek pisang... 😉 nanti boleh try buat dalam coming entry..








Sunday 11 November 2018

Tekanan , Stress , Anxiety , dan Oil Painting - I am Totally Beginner

Assalamualaikum,

Warga pembaca Warong CikBollat ..


Cikbollat sebenarnya tak tahu yang cikbollat ni ada minat melukis, bermula dengan cubaan melukis potrait. Hasilnya? hahhaha.. gelak dulu lah.. 😂 .. bukanlah macam pro.. - i am beginner - , so uolls paham ajelah ye.. tapi iras tu masih ada.... 


Apa yang CikBollat nak ketengahkan disini ialah 'Bagaimana Lukisan Dapat Melegakan Stress/Tekanan' . First of all, CikBollat ada anxiety . Siapa yang tak tahu apa itu anxiety, boleh search di google. Serba ringkas, anxiety adalah perasaan cemas yang melampau, tidak dinafikan semua orang ada rs anxious betulkan? Contohnya, nak buat persembahan dan berdepan dengan kucing yang tengah bergaduh main cakar-cakar dan malangnya anda berada ditengah-tengah mereka 😂 , namun CikBollat menghadapi anxiety yang mana heart beat laju , mudah lupa , kefahaman menurun, tangan shaking, susah focus apabila berada dalam situasi yang menekankan. Sesak nafas macam rasa khuatir umur setakat hari tu sahaja and yes.. that kind of anxious is no kidding at all , I tell you.

The struggle is there even not so many people around you noticed on your condition, but the struggle is real. Who had been experiencing this will tell you the same. Pada masa itu, nak jumpa dengan orang pun kene ada orang teman, takut jumpa seorang. Dulu CikBollat tak macam ni. Tapi now alhamdulillah. Its getting better, because it tooks me awhile to reset mind, to calm down, to have new 'strategy' in thinking and perception on situation/people you are dealing with daily.

Disinilah peranan syukur, redha tawakkal dan bersangka baik itu memainkan peranan sangat-sangat penting. Dalam keadaan tidak anxious pun penting, namun bila kita bercerita berkenaan anxiety , konsep-konsep ini memainkan peranan dalam membantu CikBollat reset semula cara fikir / persepsi and stay positive.

Bermula dari titik diagnose doktor , ade anxiety inilah, CikBollat mula tersedar, psychology matters sangat-sangat penting dalam memberi kesihatan dan ketenangan minda yang CikBollat abaikan dulu. Ini bukan bermakna CikBollat tidak waras namun, ketenangan minda sedikit terganggu ketika itu disebabkan anxiety yang keterlaluan.

Bagi pengalaman CikBollat sendiri, CikBollat memang mengaku agak workaholic, tanpa mengira waktu, selagi ada kerja ingin dilunaskan seberapa pantas, tanpa ambil kira waktu rehat, waktu makan, waktu tidur, kebimbangan seperti tak siap kerja, apa nak jawab dengan bos, kesalahan sedikit tidak boleh terima , disini merangkumi sikap perfectionist tanpa sedar dalam diri CikBollat. hahaa. Tahun demi tahun dalam keadaan seperti itu,  dengan membenarkan hanya sedikit body and mind relieve ,  secara tak sedar develop anxiety and stress.

Jadi apa yang CikBollat buat sekarang untuk released stress and kawal anxiety:

  • slowly cuba untuk tukar persepsi cara berfikir bila berhadapan dengan keadaan yang menekankan
  • Jaga waktu makan, kerana dari perut puncanya penyakit. Ada kerja sekalipun, waktu makan perlu makan, waktu tidur perlu tidur, tapi CikBollat menghadapi masalah sukar tidur malam.. dan perlu diusahakan lagi
  • cuba bertenang bila cemas , dan cuba divert fikiran bila berada dalam keadaan anxious dengan mengaligkan tumpuan minda kepada perkara yang CikBollat suka fikir, makanan, melihat aktiviti orang sekeliling. And yes, it helps.
  • Stay positive - surround yourself with positive environment, positive people and positive activities
  • Memperkukuhkan konsep usaha , berdoa , tawakkal , redha, bersyukur , dan tidak terlalu mahukan sesuatu itu keterlaluan namun tidak menafikan untuk mendapatkan sesuatu itu perlu usaha. 😙.. Ini yang CikBollat praktikkan dan cuba dalam mengawal anxiety.. kerana rasa anxious itu normal cuma jika tidak dikawal, akan menyebabkan ianya keterlaluan tidak sihat dalam amalan gaya hidup.
  • Ada group support yang bernas yang memberi sokongan emosi kerana pada waktu ini emosi memang akan down. Alhamdulillah, keluarga sepupu kawan-kawan sangan membina dan memahami
  • Me Time -- tidak kurang pentingnya dalam menangani stress. yang ramai abaikan  kenapa perlu me time sekali sekala atau apabila stress. jawapannya to settle down emotion , clear things up dlm mind and heart bertenang, tanpa gangguan luar pada ketika stress. mudah bukan? namun dulu Cik Bollat abaikan .. Tapi setiap orang berbeza cara tanganinya.
Semua ini dengan izin Allah, sangat membantu dan mempercepatkan proses reset semula persepsi dan gaya hidup CikBollat. Lebih bertenang bila keadaan stress, cuba berfikir dengan tenang dalam keadaan yang rushing. 

Jadi, bila CikBoolat ada rasa stress, CikBollat akan buat perkara yang CikBollat suka antaranya:-
  • Pergi Kelana Jaya & Shah Alam - tempat yang paling CikBollat suka di Malaysia
  • Melukis - baru tahu ada minat melukis 😂 .. terus beli oil painting canvas and painting eisel.
  • Masak -  sebab CikBollat suka makan
  • Blogging - Sekarang ni cuba consistent. hahaha



4 perkara ni cara CikBollat menyalurkan perasaan stress tu dan meraih fokus yang padu.. haha.. dan seusai selesaikan , perasaan menjadi lega dan boleh teruskan aktiviti untuk kelangsungan hidup. Oh ye... laksanakan pada masa dan ketika yang sesuai... 

Jadi, lukisan hasil dari saluran stress tu , CikBollat hasilkan lukisan seperti dibawah.. not bad for beginner .. tapi menelaah dulu kat youtube.. gigih nau bukak youtube before painting to see techniques , tools and any other related matters. Kena buat research siket .. hahaha 

Menangani Tekanan Melalui Lukisan 💟💟


Umum mengetahui bahawa lukisan ada bermacam-macam jenis tools yang digunakan. Pencil / Warna Air / Cat Minyak / Warna acrylic / Crayon..

Tapi lately ni, CikBollat suka bermain-main dengan cat minyak.. sampai beli canvas kauuu... haahhaha... act like a pro... but - I'am totally beginner - but that's how the learning process begun ...

dari leka mencari tutorial kat Youtube, macam mana nak draw gunung-ganang , lautan, awan, tone warna macam mana nak buat... sampailah apa tools yang basic orang guna. Kena buat research agar canvas yang CikBollat beli tu tak membazir begitu sahaja.. ✌

Bila otak dah menumpu pada satu topik.. dia leka.. dan bila melukis/painting, tumpuan segera penuh ke arah itu menyebabkan bila da penat lepas tu CikBollat pun rasa lega dari distress...

Bukan senang nak siap even satu canvas kecil bagi beginner macam CikBollat ni..hahhahaha









Kedai untuk beli semua alatan lukisan ni adalah di Taman Melawati , nama kedai tu Weststar , The Art Shop Melawati ... barang dia memang terbaik . macam-macam ada..


Gambar ihsan dari Google 😋


Pendapat peribadi CikBollat, stress atau tekanan perlu ditangani agar tidak mempengaruhi kesihatan badan kita dengan  cara  yang pelbagai.. ada orang suka membaca, bersenam, bercerita meluahkan , dan etc..

Itu adalah cara individu untuk mengawal fikiran supaya tidak tertumpu pada keadaan atau faktor-faktor yang memberi tekanan .. Marilah amalkan gaya hidup yang sihat.. 💪

Bagi CikBollat sendiri, yang susah tidur malam membuatkan tak cukup tidur juga menjadi penyumbang utama kepada stress .. masih mencari cara bagi mudah tidur malam secara konsisten.. kalau ada cadangan , boleh drop in the comment section ye.. thanks uolls