SELAMAT DATANG KE WARONG CIKBOLLAT ... SELAMAT MEMBACA

Monday 12 November 2018

Electric Lunch Box & Pemanggang Ajaib - Cara Untuk Cut Down Quantity Of Meal Bagi Big Appetite

Assalamualaikum,

Warga Pembaca Warong CikBollat!


Entry kali ni CikBollat nak cerita tentang Electric Lunch Box 😆  yang CikBollat beli dah seminggu lebih tak bersentuh untuk rasmikan 😂 ...



Dengan menggunakan electric lunch box ni, CikBollat boleh gunakan untuk :

  • Masak Nasi
  • Stim/Kukus
  • Rebus Telur
  • Masak Sup / Tomyam 

Senang digunakan dan dibawa , kalau makanan sejuk? Tidak ada masalah , boleh panaskan masakan dengan syarat ada plug elektrik.. 😇 .. Mudah untuk panaskan makanan.. 

Sebenarnya CikBollat beli untuk tujuan melatih perut untuk makan sikit-siket tetapi kerap demi kesihatan perut dan badan. . Selama ni jujur CikBollat suka makan banyak sekali makan.. Tetapi sebenarnya amalan seperti ini tidaklah baik untuk perut kita dalam jangka masa panjang..Dah tiba masanya untuk CikBollat insaf.. 😂


Jadi, untuk perasmian penggunaan .. CikBollat guna untuk masak nasi je... next time CikBollat share guna untuk masak masakan lain pula..


Double boiling , kene letak air pada dasar lunch box


Nasi dah masak

Bekas masak nasi tu ada penutupnya.. jadi masa nak masak nasi , tutup bekas tu dan masukkan ke dalam lunch box , plug on switch, beberapa ketika tadaa! siap.. almost 15-20 minit kot kalau tak salah

Selalunya , beras sukatan satu pot , cikBollat akan habiskan sekali makan.. tapi mindset macam eh, banyaknya nasi tu (even sukatan yang sama 😂) , makan setengah sahaja.. wakakaka.. Nampak tak..


The Power of Mind Set..

Tapi , CikBollat tak delah makan nasi semata.. CikBollat beli pemanggang ajaib.. nak bakar.. sihat sangat meal kali ni..hahahah.. CikBollat makan dengan ayam bakar ..




Resepi perap ayam bakar :

1. Halia
2. Kunyit Hidup
3. Tomato
4. Serai
5. Bawang Merah
6. Bawang Putih
7. Lengkuas
8. Lada Hitam
9. Mentega
10. Madu .....  optional , tapi kalau ada lagi sedap 😝
11. Garam
12. Gula ..... kalau guna madu, tak perlu gula


Cara-caranya :-

1. Kisar bahan 1 - 8. 
2. Sapukan bahan 9 pada aluminium foil
3. Masukkan dalam pan bakar.
4. Tunggu sehingga masak 💋



 + 





Lepas siap semua, makanlah dengan nasi panas-panas .. 


Sayur tak beli, jadi makan dengan ayam jelah.. tak apa, makan sorang tak payah nak renyah sangat.. cuma kalau ada sayur kene dengan cara masak.. baru seronok! hahaha

Kawan CikBollat kata, dia guna elektrik lunch box ni untuk masak kek pisang... 😉 nanti boleh try buat dalam coming entry..








No comments:

Post a Comment