Assalamualaikum,
Warga Pembaca Warong CikBollat!
Last recipe of the day, I promise 😂😂😂 ... Mee Hun Sup & Sambal Kicap!
Selalunya, CikBollat masak sup guna sup bunjut yang biasa + sup bunjut sup tulang. Tapi, masa nak masak semalam, CikBollat guna pes sup tulang Adabi disebabkan ketiadaan sup bunjut. So, terjadilah experiment sup guna sup pes Adabi. Hasilnya tidak mengecewakan.. Bertambah makan, sampai tertido dibuatnya.. slurppp! hhahaha.. tak baik betulkan lepas makan tertido.. haishhhh..
Bahan - Bahan :
1. Mee hun - dicelur
2. Sup Ayam
1. Pes Sup Tulang Adabi
2. Ayam
3. Daun Sup & Daun Bawang (Optional)
4. Bawang Merah & Bawang putih & Halia - Dikisar halus
5. Garam
6. Gula
7. Gula merah - secubit
8. Kentang - dipotong wedges
9. Air
10. Rempah 4 sekawan
Cara- Cara :
💕 Panaskan minyak
💕 Masukkan bahan 10, 4 dan 1 sehingga naik minyal
💕 Masukkan bahan 8 dan 2. Gaul sehingga sebati
💕 Masukkan bahan 7 dan 6
💕 Masukkan bahan 9. Tunggu sehingga mendidih
💕 Masukkan bahan 3 dan 5 .. Siap!
3. Sambal Kicap
1. Bawang Merah
2. Cili Hidup - ikut selera masing-masing
3. Tomato
4. Cili Padi (optional)
5. Minyak
6. Garam & Gula
7. Kicap manis
8. Asam limau
💕 Kisar kasar bahan 1,2,3,4
💕 Panaskan bahan 5
💕 Tumis bahan kisar sehingga naik minyak
💕 Masukkan bahan 7
💕 Masukkan bahan 6
💕 Tunggu sehingga sebati dan kering sedikit
💕 Masukkan kedalam mangkuk dan perah bahan 8. Siap
Makanlah semasa panas-panas pasti sehingga licin mangkuk. Selamat mencuba!
Lihat menu lain disini 👉Resepi CikBollat
No comments:
Post a Comment