SELAMAT DATANG KE WARONG CIKBOLLAT ... SELAMAT MEMBACA

Sunday 11 November 2018

Tekanan , Stress , Anxiety , dan Oil Painting - I am Totally Beginner

Assalamualaikum,

Warga pembaca Warong CikBollat ..


Cikbollat sebenarnya tak tahu yang cikbollat ni ada minat melukis, bermula dengan cubaan melukis potrait. Hasilnya? hahhaha.. gelak dulu lah.. 😂 .. bukanlah macam pro.. - i am beginner - , so uolls paham ajelah ye.. tapi iras tu masih ada.... 


Apa yang CikBollat nak ketengahkan disini ialah 'Bagaimana Lukisan Dapat Melegakan Stress/Tekanan' . First of all, CikBollat ada anxiety . Siapa yang tak tahu apa itu anxiety, boleh search di google. Serba ringkas, anxiety adalah perasaan cemas yang melampau, tidak dinafikan semua orang ada rs anxious betulkan? Contohnya, nak buat persembahan dan berdepan dengan kucing yang tengah bergaduh main cakar-cakar dan malangnya anda berada ditengah-tengah mereka 😂 , namun CikBollat menghadapi anxiety yang mana heart beat laju , mudah lupa , kefahaman menurun, tangan shaking, susah focus apabila berada dalam situasi yang menekankan. Sesak nafas macam rasa khuatir umur setakat hari tu sahaja and yes.. that kind of anxious is no kidding at all , I tell you.

The struggle is there even not so many people around you noticed on your condition, but the struggle is real. Who had been experiencing this will tell you the same. Pada masa itu, nak jumpa dengan orang pun kene ada orang teman, takut jumpa seorang. Dulu CikBollat tak macam ni. Tapi now alhamdulillah. Its getting better, because it tooks me awhile to reset mind, to calm down, to have new 'strategy' in thinking and perception on situation/people you are dealing with daily.

Disinilah peranan syukur, redha tawakkal dan bersangka baik itu memainkan peranan sangat-sangat penting. Dalam keadaan tidak anxious pun penting, namun bila kita bercerita berkenaan anxiety , konsep-konsep ini memainkan peranan dalam membantu CikBollat reset semula cara fikir / persepsi and stay positive.

Bermula dari titik diagnose doktor , ade anxiety inilah, CikBollat mula tersedar, psychology matters sangat-sangat penting dalam memberi kesihatan dan ketenangan minda yang CikBollat abaikan dulu. Ini bukan bermakna CikBollat tidak waras namun, ketenangan minda sedikit terganggu ketika itu disebabkan anxiety yang keterlaluan.

Bagi pengalaman CikBollat sendiri, CikBollat memang mengaku agak workaholic, tanpa mengira waktu, selagi ada kerja ingin dilunaskan seberapa pantas, tanpa ambil kira waktu rehat, waktu makan, waktu tidur, kebimbangan seperti tak siap kerja, apa nak jawab dengan bos, kesalahan sedikit tidak boleh terima , disini merangkumi sikap perfectionist tanpa sedar dalam diri CikBollat. hahaa. Tahun demi tahun dalam keadaan seperti itu,  dengan membenarkan hanya sedikit body and mind relieve ,  secara tak sedar develop anxiety and stress.

Jadi apa yang CikBollat buat sekarang untuk released stress and kawal anxiety:

  • slowly cuba untuk tukar persepsi cara berfikir bila berhadapan dengan keadaan yang menekankan
  • Jaga waktu makan, kerana dari perut puncanya penyakit. Ada kerja sekalipun, waktu makan perlu makan, waktu tidur perlu tidur, tapi CikBollat menghadapi masalah sukar tidur malam.. dan perlu diusahakan lagi
  • cuba bertenang bila cemas , dan cuba divert fikiran bila berada dalam keadaan anxious dengan mengaligkan tumpuan minda kepada perkara yang CikBollat suka fikir, makanan, melihat aktiviti orang sekeliling. And yes, it helps.
  • Stay positive - surround yourself with positive environment, positive people and positive activities
  • Memperkukuhkan konsep usaha , berdoa , tawakkal , redha, bersyukur , dan tidak terlalu mahukan sesuatu itu keterlaluan namun tidak menafikan untuk mendapatkan sesuatu itu perlu usaha. 😙.. Ini yang CikBollat praktikkan dan cuba dalam mengawal anxiety.. kerana rasa anxious itu normal cuma jika tidak dikawal, akan menyebabkan ianya keterlaluan tidak sihat dalam amalan gaya hidup.
  • Ada group support yang bernas yang memberi sokongan emosi kerana pada waktu ini emosi memang akan down. Alhamdulillah, keluarga sepupu kawan-kawan sangan membina dan memahami
  • Me Time -- tidak kurang pentingnya dalam menangani stress. yang ramai abaikan  kenapa perlu me time sekali sekala atau apabila stress. jawapannya to settle down emotion , clear things up dlm mind and heart bertenang, tanpa gangguan luar pada ketika stress. mudah bukan? namun dulu Cik Bollat abaikan .. Tapi setiap orang berbeza cara tanganinya.
Semua ini dengan izin Allah, sangat membantu dan mempercepatkan proses reset semula persepsi dan gaya hidup CikBollat. Lebih bertenang bila keadaan stress, cuba berfikir dengan tenang dalam keadaan yang rushing. 

Jadi, bila CikBoolat ada rasa stress, CikBollat akan buat perkara yang CikBollat suka antaranya:-
  • Pergi Kelana Jaya & Shah Alam - tempat yang paling CikBollat suka di Malaysia
  • Melukis - baru tahu ada minat melukis 😂 .. terus beli oil painting canvas and painting eisel.
  • Masak -  sebab CikBollat suka makan
  • Blogging - Sekarang ni cuba consistent. hahaha



4 perkara ni cara CikBollat menyalurkan perasaan stress tu dan meraih fokus yang padu.. haha.. dan seusai selesaikan , perasaan menjadi lega dan boleh teruskan aktiviti untuk kelangsungan hidup. Oh ye... laksanakan pada masa dan ketika yang sesuai... 

Jadi, lukisan hasil dari saluran stress tu , CikBollat hasilkan lukisan seperti dibawah.. not bad for beginner .. tapi menelaah dulu kat youtube.. gigih nau bukak youtube before painting to see techniques , tools and any other related matters. Kena buat research siket .. hahaha 

Menangani Tekanan Melalui Lukisan 💟💟


Umum mengetahui bahawa lukisan ada bermacam-macam jenis tools yang digunakan. Pencil / Warna Air / Cat Minyak / Warna acrylic / Crayon..

Tapi lately ni, CikBollat suka bermain-main dengan cat minyak.. sampai beli canvas kauuu... haahhaha... act like a pro... but - I'am totally beginner - but that's how the learning process begun ...

dari leka mencari tutorial kat Youtube, macam mana nak draw gunung-ganang , lautan, awan, tone warna macam mana nak buat... sampailah apa tools yang basic orang guna. Kena buat research agar canvas yang CikBollat beli tu tak membazir begitu sahaja.. ✌

Bila otak dah menumpu pada satu topik.. dia leka.. dan bila melukis/painting, tumpuan segera penuh ke arah itu menyebabkan bila da penat lepas tu CikBollat pun rasa lega dari distress...

Bukan senang nak siap even satu canvas kecil bagi beginner macam CikBollat ni..hahhahaha









Kedai untuk beli semua alatan lukisan ni adalah di Taman Melawati , nama kedai tu Weststar , The Art Shop Melawati ... barang dia memang terbaik . macam-macam ada..


Gambar ihsan dari Google 😋


Pendapat peribadi CikBollat, stress atau tekanan perlu ditangani agar tidak mempengaruhi kesihatan badan kita dengan  cara  yang pelbagai.. ada orang suka membaca, bersenam, bercerita meluahkan , dan etc..

Itu adalah cara individu untuk mengawal fikiran supaya tidak tertumpu pada keadaan atau faktor-faktor yang memberi tekanan .. Marilah amalkan gaya hidup yang sihat.. 💪

Bagi CikBollat sendiri, yang susah tidur malam membuatkan tak cukup tidur juga menjadi penyumbang utama kepada stress .. masih mencari cara bagi mudah tidur malam secara konsisten.. kalau ada cadangan , boleh drop in the comment section ye.. thanks uolls






No comments:

Post a Comment