Assalamualaikum,
Warga Pembaca Warong CikBollat!
Entry kali ni CikBollat nak cerita tentang Electric Lunch Box 😆 yang CikBollat beli dah seminggu lebih tak bersentuh untuk rasmikan 😂 ...
Dengan menggunakan electric lunch box ni, CikBollat boleh gunakan untuk :
- Masak Nasi
- Stim/Kukus
- Rebus Telur
- Masak Sup / Tomyam
Senang digunakan dan dibawa , kalau makanan sejuk? Tidak ada masalah , boleh panaskan masakan dengan syarat ada plug elektrik.. 😇 .. Mudah untuk panaskan makanan..
Sebenarnya CikBollat beli untuk tujuan melatih perut untuk makan sikit-siket tetapi kerap demi kesihatan perut dan badan. . Selama ni jujur CikBollat suka makan banyak sekali makan.. Tetapi sebenarnya amalan seperti ini tidaklah baik untuk perut kita dalam jangka masa panjang..Dah tiba masanya untuk CikBollat insaf.. 😂
Jadi, untuk perasmian penggunaan .. CikBollat guna untuk masak nasi je... next time CikBollat share guna untuk masak masakan lain pula..
Double boiling , kene letak air pada dasar lunch box |
Nasi dah masak |
Bekas masak nasi tu ada penutupnya.. jadi masa nak masak nasi , tutup bekas tu dan masukkan ke dalam lunch box , plug on switch, beberapa ketika tadaa! siap.. almost 15-20 minit kot kalau tak salah
Selalunya , beras sukatan satu pot , cikBollat akan habiskan sekali makan.. tapi mindset macam eh, banyaknya nasi tu (even sukatan yang sama 😂) , makan setengah sahaja.. wakakaka.. Nampak tak..
The Power of Mind Set..
Tapi , CikBollat tak delah makan nasi semata.. CikBollat beli pemanggang ajaib.. nak bakar.. sihat sangat meal kali ni..hahahah.. CikBollat makan dengan ayam bakar ..
Resepi perap ayam bakar :
1. Halia
2. Kunyit Hidup
3. Tomato
4. Serai
5. Bawang Merah
6. Bawang Putih
7. Lengkuas
8. Lada Hitam
9. Mentega
10. Madu ..... optional , tapi kalau ada lagi sedap 😝
11. Garam
12. Gula ..... kalau guna madu, tak perlu gula
Cara-caranya :-
1. Kisar bahan 1 - 8.
2. Sapukan bahan 9 pada aluminium foil
3. Masukkan dalam pan bakar.
4. Tunggu sehingga masak 💋
Lepas siap semua, makanlah dengan nasi panas-panas ..
Kawan CikBollat kata, dia guna elektrik lunch box ni untuk masak kek pisang... 😉 nanti boleh try buat dalam coming entry..
No comments:
Post a Comment