SELAMAT DATANG KE WARONG CIKBOLLAT ... SELAMAT MEMBACA

Friday 16 November 2018

Resepi Ringkas Dan Mudah Lemak Cili Api , Ikan Siakap Bakar & Sayur Boncis Pecah Telur

Assalamualaikum,



 Warga Pembaca Warong CikBollat!


Kali ni, CikBollat ingin kongsi resepi - Lemak Cili Api , Siakap Bakar dan Boncis Pecah Telur yang amat mudah dimasak, enak dan laju dimakan 💖


Cara - caranya :


Siakap Bakar

Bajet = RM 7.50 , tidak besar dan tidak kecil untuk seorang makan


Bahan:

1. Siakap
2. Limau nipis sebiji
3. Garam

💕Lumurkan garam dan air limau nipis pada bahagian luar dan dalam siakap.
💕Kulit limau (Serai & halia - optional) dimasukkan dalam perut siakap
💕Bakar siakap tersebut sehingga masak


Lemak Cili Api Nogori

Bahan :

1. Cili Api beberapa tangkai ( Kepedasan mengikut selera masing-masing)
2. Kunyit Hidup ( 1 - 2 inci)
3. Serai ( 1 tangkai)
4. Cili Hidup (satu biji)
5. Ayam / Daging / Ikan
6. Santan (Santan fresh diutamakan)

💕Tumbuk atau blend bahan 1 - 4
💕Masukkan dalam periuk , sekirannya ada bahan 5 masukkan sekali sehingga kecut (kecuali ikan)
💕Masukkan bahan 6
💕Tunggu sehingga mendidih sambil mengacau masakan supaya tidak pecah lemak


Boncis Pecah Telur

Bahan:

1. Kacang Boncis
2. Telur (1 biji)
3. Garam
4. Air ( 1 Cawan)
5. Cili Hidup - Hiris (Optional)
6. Bawang Merah - Hiris
7. Bawang Putih - Hiris


💕Bahan 6 ,7 dan 5 (Optional)  ditumis
💕Masukkan bahan 1
💕Masukkan bahan 3
💕Masukkan bahan 4
💕Masukkan bahan 2 sehingga telur menjadi ketulan-ketulan


Boleh siap dihidang dan dimakan!

Tapi disebabkan CikBollat masak lemak cili api ikan bakar.. Cikbollat masak kuah sahaja dan ikan siakap masak asing, dan diatas sebab rasa sayang nk celupkan ikan bakar dalam lemak cili api, maka lemak cili api  menjadi hanya kuah semata tanpa isi.. 😂


lemak cili api, masakan melayu, masak lemak, sedap, ringkas, ikan bakar, ikan siakap

Selamat Mencuba !


Previous entry resepi Ringkas Dan Mudah Ayam Bakar dan Daging Bakar



No comments:

Post a Comment