SELAMAT DATANG KE WARONG CIKBOLLAT ... SELAMAT MEMBACA

Tuesday, 25 December 2018

Bagaimana Anda Mendaftar Shopee?

Assalamualaikum,

Warga Pembaca WarongCikBollat!



Apa khabar? Lama juga CikBollat tidak menulis di blog, kerana agak kesibukkan.


Hari ini, CikBollat ingin menulis berkenaan Shopee. Anda tahu apa itu Shoppee? Rasanya pada zaman sekarang ini, hampir 90% tahu apa itu Shopee. Namun tidak mengapa bagi yang masih samar-samar, CikBollat beritahu, apa itu Shopee.

Shopee adalah satu laman e-commerce atau e-perdagangan yang menempatkan pelbagai jenis produk mengikut kategori yang dapat dibeli oleh orang ramai secara atas talian atau online. Kini, bermacam-macam produk dapat dibeli di hujung jari sahaja! Mudah bukan?

Apa syarat atau keperluan yang perlu ada bagi seseorang yang ingin membuat pembelian shopee atau laman e-commerce yang lain seperti lazada, 11street , lelong.my atau lain-lain? Mudah sahaja, ianya hanya menuntut kita untuk mempunyai:-

1. Line Internet
2. Apps/laman  e-commerce 
3. Akaun e-commerce 
4. Perbankan internet

Apa perlu buat jika anda sudah memiliki line internet? OK. Line internet adalah sumber utama kepada keperluan 2 - 4. Untuk mempunyai apps atau pergi ke laman web e-commerce , di bawah adalah caranya:-

2a. Kes 1 : Penggunaan Laptop
 
           a. Klik pada icon google chrome
           b. Taip laman web shopee : https://shopee.com.my/



   Kes 2 : Penggunaan Telefon Mudah Alih
       a. Klik apps google playstore



          b. Carian apps Shopee dan anda bolehlah muat turun






          c. Klik pada apps Shopee





 3. Daftar akaun di Shopee.

       Anda boleh mendaftar akaun shopee apabila anda klik signup link di bahagian atas kanan laman
       web / di mobile apps . Anda isikan segala keperluan maklumat yang diperlukan seperti di bawah
       dan klik butang Sign Up.



         Setelah berjaya sign up, anda boleh log in dengan menggunakan email yang didaftarkan. 
         Tahniah! anda sudah mempunyai akaun Shopee dan sudah boleh mulakan pencarian barang  
         yang ingin dibeli



4. Pembelian barang secara atas talian memerlukan kepada perbankan internet supaya pembayaran 
    dapat dilakukan, jadi pastikan anda sudah ada perbankan internet , barulah boleh membuat 
    pembelian! Namun, AWAS.. jika pembelian tidak terkawal wang dalam bank anda mampu 
    dihabiskan tanpa perlu anda bergerak ke kedai😂😂😂😂😂



   Sekian sahaja untuk entry kali ini, sehingga next entry, anda bolehlah luangkan masa anda untuk 
   membaca entry yang lain , klik SINI








No comments:

Post a Comment