SELAMAT DATANG KE WARONG CIKBOLLAT ... SELAMAT MEMBACA

Tuesday 16 July 2019

Si Manja Bulus

Assalamualaikum,

Warga pembaca CikBollat,

        Sudah lama rasanya tidak menulis di ruangan blog ini disebabkan kesibukan dengan urusan duniawi yang tidak putus-putus. Cik Bollat sekarang sangat sibuk menguruskan anak bulus yang dipelihara, berjumlah 8 ekor semuanya. Penat menguruskan mereka, hanya mereka yang alami sahaja yang memahaminya.Namun kebahagiaan yang dirasakan dan hidup seolah terisi melebihi rasa penat itu. Itu juga hanya pencinta bulus juga yang memahaminya.

         Jadi, saat ini bersesuaian dengan tajuk posting kali ini, iaitu SI MANJA BULUS, Cik Bollat ingin berkongsi pengalaman menguruskan si manja ini. Lain bulus, lain perangainya, ada yang senang makan, ada yang memilih, ada yang penakut, pantang datang dekat, dia berdesup lari, ada yang mesra alam, menggesel-gesel kepala dan badan berdekatan, ada yang dipanggil datang, namun banyak jugak yang buat 'dek' sahaja.. 😂 .. eh macam-macamlah perangainya.

Si Manja ini berjumlah 8 ekor semuanya, nampak seperti banyak, namun, ketahuilah anda bahawa ada dikalangan pecinta bulus yang memelihara lebih dari 10 ekor, seperti kakak angkat Cik Bollat, dia memelihara hampir 20 ekor baka mainecoon (telah dikacuk dengan kucing local) sehingga beranak-pinak. 2 ekor dari jumlah kucing Cik Bollat di ambil daripada kakak angkat, kerana Cik Bollat ingin sekali memelihara kucing berekor kembang dan berbulu lebat, iaitu Munni dan Mimi. Sementara itu, 3 ekor adalah stray cat, 2 darinya dibela semenjak dari mereka adalah sepasang, berumur 2 bulan dipanggil Kakak dan Adik, tersesat bermain dirumah , diberi makan dan tadaaaa... melekat sehingga hari ini. Sangat playful, sangat manja, suka buat marathon dalam rumah.. Seekor lagi, Oyen, dipelihara di ambil dari tempat kerja rakan, niat asal ingin pinjam untuk dijadikan partner mengawan mainecoon Munni dan Mimi, namun kemanjaannya dan kedebapannya sangat menyentuh kalbu, akhirnya, di ambil untuk dibela bersama. Lagi 3 ekor adalah baby kucing lahir daripada Muni (2 ekor) dan Mimi (3 ekor, 2 mati hanya 1 ekor hidup).. Maka dengan ini mencukupkan 8 ekor kesemuanya.

Pengalaman 1 Pengurusan : Kakak & Adik

1. Tiada masalah . Alhamdulillah . Sangat playful, manja dan baik.
2. Pemakanan : Kibbles. Ikan rebus , Ikan rebus + nasi , kuning telur , air kosong , sekali sekala wet  
                          food
3. Kekerapan Makanan : Kibbles - as and when dia nak makan dia makan saje, dah tersedia hidang
                                        Kuning telur - seminggu sekali , 1 biji bahagi dua
                                        wet food - bila rasa nak bagi.. Namun sangat jarang.
                                        Ikan Rebus + Nasi - pernah bagi sehari 3x dan selama 7 hari, hasilnya.. 
                                        GEBUU GEBAS

Pengalaman 2 Pengurusan : Munni & Mimi

1. Muni dan Mimi mula-mula sangat takut.. sampai menyorok bawah almari yang sempit, Cik Bollat 
    terpaksa biarkan sehingga mereka keluar sendiri.
2. Dah keluar, kurung mereka dalam bilik, lepaskan dari sangkar. Biarkan dengan makanan biskut 
    kucing Love Cat yang biasa dimakan di rumah tuan lama. 1 mangkuk habis. Diberi minum kuning '    telur, dan percubaan beri minum susu. 
3. Bawa mereka pergi grooming dan lion cut , kerana bulu-bulu mereka gugur banyak, dari situ 
    penjaaan dan pemakanan lebih diambil berat.
4. 2 minggu di rumah, mereka sudah dah on heat.. atas sebab itula maka adanya Oyen.
5. Tapi disebabkan Oyen refused, dia jatuh hati dengan Kakak, maka, Mainecoon terpaksa dilepas '   
     keluar.
6. Bunting masa serentak ye .. 😂 
7. Beranak pun kalau ikutkan serentak juga. Tapi Mimi ada komplikasi, terpaksa surgery, 
    keesokkanya

Pengalaman 3 Pengurusan : Oyen

1. Oyen manja sangat masa first time jumpa. First time jumpa dah pandai buat orang jatuh hati.
2. Bawa balik rumah, sesi pengenalan pun bermula. Pengurungan dalam sangkar, dan sebilik dengan '
    semua kucing-kucing lain
3. Mengiau jangan cakaplah, sebatu boleh dengar, dan sepanjang malam.  😂 
4. Esok pagi, sesi lawatan, Oyen terlentang dalam sangkar dengan rilexnya, terus bawa keluar dari 
    sangkar untuk dipertemukan face to face dengan Mainecoon
5. But nothing happened.. what to do..
6. Hari demi hari, Oyen semakin adapting.. playful, manja, dipanggil datang menggesek.
7. Dia semakin lama semakin cenderung ke arah Kakak dan Adik
8. Mengikut kemana mereka pergi, berlari mereka, maka berlarilah Si Oyen.
9. Dari badan debab, sehingga kurus, namun selera makan masih mantap..  😂 
10. Semakin dilihat, Oyen sudah capai on heat, dan akhirnya memilih betina pilihan hati, mummy x 
      dapat paksa kalau itulah pilihan hati Oyen..  😂 
11. Namun bila on heat, dia semakin berasa tergugat dengan kehadiran kucing jantan liar di luar 
      rumah, hatta Si Adik pun menjadi mangsa perasaan tergugatnya itu. Maka adik pun menjadi 
      semakin trauma dengan Oyen

'Bayangkan.. Macam manalah nak asingkan Adik dengan Oyen ni..'

Pengalaman 4 Pengurusan : Kitten

1. Cik Bollat siap tidur sebilik dengan Mummies to be masa tu. Close monitoringlah ceritanya ni. 
    Jadi setiap perkembangan , dari makan dan tak makan, aktif x aktif bergerak, gelisah atau tenang, 
    mengerang contraction, lemah dan dehydrated semua dapat dilihat, dan percaya tak ini kali     
    pertama Cik Bollat rasa pengalaman almost all in one experience dari mummies tu on heat, 
    mengandung beranak Cik Bollat lihat.

2. Muni melahirkan secara normal, keluar tanda pukul 12.30 a.m 23 Mei 2019 ,Cik Bollat tidak tidur 
    satu malam , jadi Muni melahirkan anak pertama pukul 10.30 pagi keesokkannya, yang diberi 
    nama Moktam (betina) dan pok Teh (jantan) pada pukul 11.15 pagi.. Dapat lihat live , Muni 
    memakan uri anak-anaknya

3. Mimi melahirkan secara surgery, keluar tanda pukul 4.20 p.m 22 Mei 2019 , namun 2 hari tidak 
    mahu makan, minum, jadi badannya lemah x bermaya, gelisah di dalam bilik, Apabila melihatkan 
    lebih 24 jam tidak melahirkan, makan pada tengahari 24 mei 2019 , terus bergegas ke Iman 
    Veterinary & Surgery  di Sg Choh (layanan memang bagi 5 bintang), surgery dibuat. 

Mimi dihantar lewat sebab menyangkakan bahawa mungkin lambat lagi ingin bersalin. Tapi no guys, it is advisable jika kucing anda tidak menampakkan tanda-tanda melahirkan setelah 12 jam keluar tanda, maka bersegeralah anda bawa si manja berjumpa merujuk pada doktor vet anda, atau jika tidak dikhuatiri baby akan lemas. Mimi dalam kes ini mengalami komplikasi di mana uterusnya bersilang dan anak-anak sebanyak 3 ekor tersekat , namun akibat dari itu, takdir, hanya seekor anaknya yang survived, yang dinamakan Busap. Sekarang Busap sudah membulat dengan jayanya dan aktif, dan sebentar tadi baru sahaja jatuh dari almari rak buku 6 tingkat! 

4. Kittens ini Pok Teh Moktam dan Busap, membesar dengan sihat dan aktif dari sehari ke sehari, 
    minggu ke minggu sehinggalah umur masing-masing mececah 3 minggu, Pokteh mula diserang 
    selsema, nafas berbunyi. Bahagian ini akan diceritakan pada posting akan datang.


Sampai disini sahaja posting kali ini , selamat membaca!


Kiri : Pok Teh Kanan : Mok Tam

Busap

Untuk membaca posting lain , klik sini

No comments:

Post a Comment