SELAMAT DATANG KE WARONG CIKBOLLAT ... SELAMAT MEMBACA

Sunday 9 December 2018

Website Dotcom slash ..slash ..

Assalamualaikum,

Wahai Pembaca warong CikBollat!


Lama juga rasanya tak bersiaran disinikan, nak tahu sebab apa? sebab CikBollat busy set up dan explore blog lagi satu. CikBollat pasang lagi satu? Ya ada  blog lagi satu , yang beralamat tunjangqiara.com


Kronologi kisah dotcom

Sejak ada akaun blogger ni, memang seronok nak update perkembangan semasa CikBollat.  Tapi dalam pada CikBollat googling around, kebanyakan site yang CikBollat baca beralamatkan dotcom. tahu tak dotcom tu apa?? dotcom tu ialah suffix domain. Domain tu apa pulaknya? Mari CikBollat cerita..😎

Bila kita masuk laman web , apa sahaja laman web , kita akan nampak laman webnya seperti ini https://www.tunjangqiara.com/

www - subdomain
tunjangqiara - domain
.com - suffix domain

Suffix domain ada beberapa jenis iaitu .biz , .net , .org , .my

Domain ni dalam bahasa mudah memabawa makna Nama laman web..  jadi tunjangqiara itu adalah nama laman web.

www adalah subdomain, yang mana dalam bahasa mudah seperti seksyen lain di bawah website tunjangqiara.com , contoh ,jika CikBollat nak wujudkan satu seksyen baru, khas untuk iklan, jadi cikbollat bolehlah create subdomain iklan , dan akan beralamat seperti ini iklan.tunjangqiara.com

Jadi CikBollat pun rasa nak explore untuk wujudkan blog ber dot.com, jadi inilah sebabnya wujud www.tunjangqiara.com .


Keperluan ber dotcom

1. Tujuan bisnes  boleh , personal blog pun boleh
2. Exploration

Apa yang perlu kita tahu untuk ber dotcom ?

1. Pilih Syarikat hosting mana? Dalam atau luar negara?
2. Rate response or feedback bagi permasalahan yang diberi, support team . 24/7 lagi bagus
3. Jenis suffix domain , dotcom, dotnet atau lain-lain ..  free ke berbayar?
4. Disc storage besar mana diperlukan?
5. Bandwith banyak mana?
6. Server .. shared server / Dedicated server/cloud?
7. SSL certificate , secured atau tak .. inclusive atau exclusive plan hosting?
8. Cpanel tu apa?
9. Softaculus ada sekali tak.. nak install wordpress macam mana?
10. kalau nak masuk media macam imej and video boleh tak.. makan banyak tak space? nanti website slow pulak
11. boleh upgrade tak plan terutama disc space kemudian nanti?

Jadi persoalan-persoalan di ataslah yang membuatkan CikBollat bersengkang mata mencari maklumat merujuk pada laman web/ blog yang mempunyai penerangan tentang hal ini.

Selepas berpuas hati dengan info yang dikumpul, maka CikBollat dapat rumuskan bahawa:-

Bagi beginner level:-

1.Disc space 10 gb dan bandwith 50 gb sudah mencukupi
2. Carilah Syarikat hosting yang menyediakan plan yang sebaik mungkin :

    a. SSL Cert inclusive
    b. Domain Free
    c. Pilih shared server sebagai permulaan
    d. Softaculous inclusive yang bermakna anda boleh install wordpress untuk membina laman web
        anda
    e. Menyediakan support chat / email/ open ticket , response cepat dan kalau provide 24/7 support           lagi ok.
    f. Up Time Server 99%, tidak selalu ada server down time
    g. Plan murah/mahal tetapi berbaloi.
    h. Boleh upgrade disc space/plan
     i. Akaun emel dan subdomain unlimited creation

3. Ikut pilihan masing-masing dalam pemilihan syarikat host dalam Malaysia atau luar negara,   
    namun  jika dalam Malaysia, kelebihannya mudah dari segi komunikasi ,

Apabila ada hosting sendiri, anda akan familiar dengan istilah Cpanel. Cpanel itu adalah tempat dimana anda boleh nampak file laman web anda, pangkalan data laman web anda dan juga tempat di mana anda boleh lihat balance disc space and bandwidth anda.

Untuk install wordpress anda, anda perlu klik di bahagia softaculous apps installer di dalam cpanel ini. Di sini terdapat banyak script installer yang boleh anda install , contoh forum, joomla, e-commerce site kalau anda mahu dan lain-lain lagi.

Jadi, CikBollat subscribe plan dari syarikat JimatHosting. CikBollat perlu bayar RM70/year + RM45 (domain) .. mengikut kesesuaian budget allocation CikBollat ketika ini.. kerana pembayaran perlu dibuat semasa anda nk subscribe, for 1 year, and next year  perlu renew hosting plan.


  • 10 GB Disk space
  • 50 GB Bandwith
  • unlimited subdomains + unlimited email accounts
  • SSL free
  • Domain berbayar annually
  • softaculous inclusive
  • support team ok
  • plan tahunan murah (dah survey yang lain , tapi disebabkan perlu bayar upfront sekali gus masa nak subcribe, jadi CikBollat decided meet my budget allocation bulan ni RM115 je 😋)


Maka, para pembaca sekalian , anda bolehlah mengunjungi tunjangqiara.com , artikel berkenaan hosting ada juga di sana, dan lebih detail. 😍


Sekian terima kasih.

Untuk lihat artikel ini sila klik SINI


No comments:

Post a Comment