SELAMAT DATANG KE WARONG CIKBOLLAT ... SELAMAT MEMBACA

Monday 10 December 2018

Antara Familiarity atau Tuntukan Keadaan Mana Satu Diutamakan?

Assalamualaikum,

Warga pembawa Warong CikBollat!


Kali CikBollat mahu buat suatu perkongsian dan ingin menulis tentang familiarity, keselesaan tempat tingal  yang perlu diutamakan atau perpindahan disebabkan oleh tuntutan keadaan?


Bagi yang belum berkahwin, adakalanya keadaan memerlukan kita tinggal menyewa di suatu kawasan. Berbagai kriteria pemilihan tempat yang diambil kira. Macam CikBollat hanya 2 kawasan sahaja yang menjadi pilihan sekiranya mengambil kira faktor familiarity & selesa . Namun perpindahan tempat kerja dengan kos sara hidup kini yang kian meningkat ditambah lagi masa perjalanan yang panjang disebabkan jem antara faktor mengapa CikBollat berpindah-randah atau nomad bergantung pada tempat kerja CikBollat. Sangat penat jika kebanyakkan masa perjalanan dihabiskan dalam heavy traffic. Jadi selalunya jarak antara rumah dan pejabat CikBollat hanya mengambil masa 10-20 minit perjalanan sahaja.

Persoalannya wajarkah , berbaloikah berpindah-randah ini? Ada dua aspek yang kita dapat lihat , iaitu aspek kegembiraan hati dan juga aspek kewangan.

Kita akan gembira dan tenang sekiranya kita tinggal di suatu kawasan yang kita tahu , familiar dari segi kemudahan dan suasana. Faktor ini dapat mempengaruhi mood seseorang dalam menjalani kehidupan.Bagi sesetengah individu faktor ini penting kerana dapat mengurangkan faktor STRESS. Ya, tinggal dikawasan yang disenangi juga penting , jika tidak anda mungkin tidak sedar diri anda akan stress. Namun, kadang-kala kita manusia biasa tidak dapat menolak hakikat jarak antara tempat kerja dan tempat tinggal itu sangat jauh atau anda tidak sanggup memandu melebihi 30 minit pemanduan, macam CikBollat.. 😂😂😂 . Jadi solutionnya adalah berpindah, yang mana jimat masa, duit perjalanan ke pejabat merangkumi minyak/toll dan wear & tear kereta. 

Namun, tempat tinggal sekarang sudah keluar dari 2 tempat pilihan hati CikBollat. Adakah CikBollat gembira jarak dekat dengan pejabat? ye gembira. Tapi adakah CikBollat gembira duduk disini luar dari kawasan pilihan CikBollat? jawapannya tidak. Jadi ini adalah penyumbang pada stress yang CIkBollat perkatakan tadi. 

Stress jangan dibiarkan lama-lama menguasai diri anda, kerana kesan daripada keadaan stress boleh membawa anda pada satu keadaan yang tidak pernah anda jangkakan. Anda boleh mencari info punca stress, bagaimana untuk mengendalikan stress , dan yang paling penting akibat stress jika tidak dibendung. Namun kita perlu menerima hakikat setiap individu mengendalikan stress pelbagai walaupun kita melihatnya sedikit pelik. 

Jadi, cara CikBollat dalam menangani stress yang sedemikian ialah, pergi ke tempat yang CikBollat suka setiap hujung minggu, kalau tak dapat tinggal disana , pergi melawat pun boleh. Jadi, kekangan keadaan masa boleh di tangani dengan win-win situation seperti ini, pelik tapi benar.



Untuk lihat posting Hobi & Kehidupan yang lain , klik SINI 



No comments:

Post a Comment